Monday, 2 November 2009

Keasyikan Kg. Pulau Suri, Kelantan


Saturday, 31 October 2009

Pemeriksaan Karang dan Pembersihan Pantai (ARC 2009) Redang Kalong di Pulau Redang, Terengganu,

Utusan Malaysia Online - Rekreasi

Tenang di Pulau Besar, Johor

(KOsmo)
Keringkasan gaya yang bebas daripada tarikan komersial pulau yang keterlaluan boleh dirasai di D’Coconut Island Resort.
KETENTERAMAN suasana di Pulau Besar segera dirasai saat tiba di jeti.
Siapa kata pulau ini tiada tarikannya? Bayangkan percutian tiga hari dua malam, tidak sibuk dengan kunjungan ramai hingga mengganggu ketenteraman, serta gaya hidup pulau yang masih dijaga.
Pendek kata, tuntutan komersial destinasi ini belum sampai menjejaskan tarikan kesederhanaannya.
Pasti ramai yang bersetuju betapa banyak pulau peranginan di negara ini terlalu pesat dibangunkan sehingga hilang identiti perkampungan gaya pulau.
HALAMAN D'Coconut Island Resort sering dijadikan tapak untuk beriadah sesama tetamu atau ahli kunjungan.
Maka, dalam pencarian suasana yang tenang biarpun dalam musim kemuncak, EKSTRA mengesyorkan Pulau Besar di Johor.
Hanya tiga buah pusat penginapan utama beroperasi di pulau ini. Kesemuanya setara dari segi layanan dan perkhidmatan, D'coconut Island Resort adalah yang paling disebut-sebut dalam banyak catatan pengembara bebas.
Di atas halaman rumput hijau yang dikepung pagar kayu rendah yang ringkas, D'coconut Island Resort menjanjikan konsep istirehat dalam tema penginapan berkonsep rumah Melayu tradisional.
Sambil melepaskan nafas lega selepas mengharung perjalanan dengan bot dari Mersing, naungan atap rumbia di ruang masuk resort begitu melegakan. Apatah lagi minuman kepala segar dan sejuk dihidangkan.
Menurut pemilik dan pengarah resort, Wan Suhaimi Ahmad, resort itu telah melalui proses penambahan dan baik pulih dari semasa ke semasa. Pada awalnya, operasi hanya dimulakan dengan 10 buah bilik penginapan.
MENIKMATI makan malam yang lazat di bawah limpahan cahaya romantis.
Antara yang boleh dilakukan sepanjang menginap di resort ini tentunya aktiviti riadah dan rekreasi seperti bersnorkel, berkayak, bermain bola sepak dan bola tampar pantai.
Kalau bukan menghabiskan waktu bermandi-manda di hamparan pantai yang landai, tentunya aktiviti rentas hutan menjadi pilihan.
Lebih menarik, keseronokan bermain air tanpa perlu bimbang pada ketidaktentuan arus dan ombak boleh disertai oleh seisi keluarga di sebuah kolam renang.
Disediakan bersama binaan pancuran air besar, ia nyata membuatkan anak-anak kecil gembira dalam perhatian orang dewasa. Sebuah bar pinggir kolam sedia melayani mereka yang dahaga.
Ingin mengenali Pulau Besar secara praktikal dan sihat? Pasti sesiapa pun bakal bergembira seandainya berpeluang mengayuh basikal bersama teman-teman dan ahli keluarga di sepanjang laluan utama di sepanjang pantai.
MENGAYUH basikal menjadi aktiviti yang popular di kalangan pengunjung pulau.
Perkhidmatan tipikal yang disediakan pengusaha resort ini semestinya pilihan popular.
Sambil mengayuh dan berkejar-kejaran, nikmatilah kesunyian pulau yang hanya diserikan landskap rimba dan pohon-pohon kelapa, sahutan ternakan peliharaan orang tempatan serta udara yang segar.
Itulah antara definisi ringkas sebuah percutian pulau.












































Tuesday, 20 October 2009

Sedekah boleh dilaksana tujuan pembangunan

Sedekah boleh dilaksana tujuan pembangunan
Bersama YaPEIM

MUSLIM yang bersedekah, menderma dan menginfak harta semata-mata kerana Allah SWT akan menerima ganjaran besar di akhirat nanti. Firman Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya". Usaha menginfak harta bukan hanya difahami dalam konteks yang biasa dilakukan masyarakat kita, iaitu memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, pembinaan masjid serta surau dan sebagainya. Kita boleh meluaskan ufuk pemikiran kita mengenai konsep infak ini apabila kita menyumbangkan sedikit harta kurniaan Allah SWT itu untuk pembangunan dan pembinaan minda, intelek, fizikal, sosial dan emosi umat dan masyarakat. Ini termasuklah pembinaan institusi pendidikan, kesihatan, aktiviti penyelidikan ilmiah dan sebagainya. Melalui ayat 262, surah al-Baqarah, Allah SWT mengingatkan bahawa hasrat untuk menginfak kurniaan Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya itu perlu mematuhi syarat tertentu agar ia mencapai tahap dan piawaian keredaan Allah SWT.

Kegiatan infak harus berlandaskan keikhlasan tanpa ada unsur riak, mengungkit-ungkit pemberian dan menyakiti perasaan serta emosi penerima. Pemberian seperti itu tidak memberi makna apa-apa dan tidak bernilai di sisi Allah, seperti yang ditegaskan, "Wahai orang yang beriman, jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir" (al Baqarah: 264). Ini menunjukkan bahawa walaupun pada zahirnya pemberi menyumbang sesuatu kepada penerima tetapi pada hakikatnya pemberian itu tidak bernilai. Malah Allah menyatakan bahawa pihak penerima lebih baik kedudukannya jika dia menolak dengan baik dan memaafkan kesalahan yang dilakukan pemberi seperti itu. Firman Allah SWT, "Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima), Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun". (Al-Baqarah:263). Dalam keadaan lain pula, Allah SWT menyatakan bahawa orang yang menginfak hartanya dengan penuh keikhlasan akan dikurniakan lagi harta lebih banyak. Firman Allah SWT, "Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebidang kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha melihat apa yang kamu lakukan". (Al-Baqarah: 265).
Keghairahan seseorang menginfak hartanya sebenarnya tidak menghalangnya mendermakan atau memberi sumbangan sesuatu yang terbaik dan bukannya barangan terpakai yang tidak mahu digunakan atau disimpan lagi. Fenomena memberi sumbangan barangan terpakai seperti pakaian dapat kita saksikan apabila ada kempen sumbangan untuk golongan tertentu. Ini bertentangan dengan firman Allah SWT, "Wahai orang yang beriman, nafkahkanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (Al-Baqarah:267).

Friday, 2 October 2009

Mencari Damai Di Alor Setar, Kedah


Ini adalah pemandangan di jalan utama di Bandaraya Alor Setar.
Deretan kenderaan yang begitu sibuk menandakan bandaraya ini semakin membangun

Inilah kompleks Pekan Rabu yang menjadikan Alor Setar sebagai bandaraya yang mesti dikunjungi oleh masyarakat tempatan mahupun dari serata pelusuk megara.


Doa Yang Tidak Diperkenankan
Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya,:

Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”

(Muslim)

Tuesday, 15 September 2009

Destinasi Minggu Ini: Bandar Tanah Merah, Kelantan

Oleh: Fatria Ajman(ajanideal@yahoo.com)

Tanah Merah adalah salah sebuah jajahan di bawah negeri Kelantan. Terletak di kawasan yang strategik kerana merupakan laluan ke Grik dan juga boleh menjadi laluan alternatif ke Gua Musang bagi penduduk dari bahagian pantai negeri Kelantan seperti Kota Bharu, Tumpat dan sebagainya.
Bandar Tanah Merah giat berkembang dengan pembangunan pesat pasaraya, bagunan pentadbiran, deretan kedai dan bank dan berbagai lagi. Terkini Bank Rakyat memulakan operasinya di bandar ini menjadikan lebih cepat untuk terus membangun. Pasar Besar Tanah Merah yang menjadi mercu pendudukan jajahan ini dari dulu hingga sekarang masih mendapat tumpuan masyarakat. Keperluan ikan dan sayur segar tetap menjadi pilihan.

Industri seks dorong eksploitasi

TERPEDAYA kepada janji indah tentang peluang pekerjaan dan anggapan palsu bahawa keluarga sanggup menerima apa sahaja tindakan demi sokongan ekonomi adalah antara penyebab sebuah kehidupan boleh terjerumus dalam kekesalan. Mungkin muslihat itu terlalu biasa, namun rumusan itu paling tepat jika hendak mengulas mengenai mereka yang menjadi mangsa sindiket penyeludupan. Bukan sekadar orang dewasa, kes penyeludupan terutamanya bagi tujuan eksploitasi seks turut melibatkan golongan kanak-kanak dan remaja. Walaupun kes seumpamanya sering dilaporkan dalam media, data sebenar statistik mengenai kanak-kanak yang diseludup masuk dan keluar negara ini masih samar. Sebuah kajian kumpulan bebas menganggarkan terdapat hingga kira-kira 32,000 orang diseludup di Sabah. Data itu walau bagaimanapun tidak mengasingkan angka penyeludupan kanak-kanak dan orang dewasa.
“Malaysia tidak terkecuali disenarai sebagai transit dan destinasi bagi sindiket penyeludupan dari sekitar negara-negara Asia Tenggara.
“Daripada jumlah tersebut, terdapat golongan remaja seawal usia 16 hingga 17 tahun yang turut menjadi mangsa,” ujar koordinator Tenaganita, Aegile Fernandez.
Tanpa usaha mempertingkat penguatkuasaan undang-undang dan kesedaran dalam masyarakat, tidak mustahil jika ada di kalangan wanita dan kanak-kanak yang berada di negara ini sedang dibawa keluar ke negara-negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat dan Australia untuk ‘didagangkan’.
Taktik perkahwinan
Pada masa yang sama, wanita dan kanak-kanak dari Kemboja, China, Colombia, Ecuador, India, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Rusia, Thailand, Uzbekistan dan Vietnam pula dibawa melepasi pintu sempadan negara untuk dilacurkan atau dibekalkan sebagai tenaga buruh paksa.
Menurut Aegile, sindiket itu didalangi kumpulan tertentu yang bertindak dalam rangkaian antarabangsa.
Pencabulan hak dan maruah ini masih berlangsung dalam diam kerana terdapat permintaan yang tinggi bagi golongan bawah umur untuk disalurkan ke rumah-rumah pelacuran.
Latar belakang penyeludup ini terdiri daripada orang atau kumpulan yang tidak dikenali ataupun yang dikenali oleh mangsa, seperti saudara mara, kawan atau individu yang menyamar seperti teman lelaki atau wanita.
“Penyeludup ini ada yang dikenali sebagai ejen yang menawarkan peluang pekerjaan di negara lain.
“Pernah dilaporkan tentang kes seorang lelaki yang menggunakan taktik perkahwinan untuk membawa keluar ‘isterinya’ itu ke negara destinasi penyeludupan seks,” terang Aegile.
Di Malaysia, kumpulan jenayah terancang antarabangsa dipercayai terlibat dalam penyeludupan kanak-kanak negara ini ke negara lain melalui penyediaan dokumen diri dan dokumen perjalanan palsu.
“Dengan banyak kes laporan penculikan kanak-kanak serta remaja yang hilang di negara ini, kami bimbang sekiranya ia mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket tersebut,” ujarnya.
Jabatan Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNODC) melaporkan bahawa dari tahun 2003 hingga 2006, lebih kurang 160 orang telah disabitkan kesalahan menculik dan menyeludup kanak-kanak.
Majoriti daripada jumlah pesalah itu menyeludup kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi seks. Gadis-gadis daripada kumpulan etnik pribumi dan yang berasal dari kawasan pedalaman juga cenderung untuk ditipu.
Dari sudut lain, faktor kemiskinan, keganasan domestik, pengabaian, diskriminasi serta keinginan untuk mengecapi kehidupan yang lebih senang membuatkan golongan usia muda ini mudah terpedaya.
Asingkan mangsa
Kanak-kanak menjadi sasaran utama penipuan ini kerana mereka lazimnya tidak berpendidikan, mudah dikuasai dan tidak sukar dipengaruhi melalui pujukan.
Usia mentah juga meletakkan mereka dalam pertimbangan situasi yang kononnya mereka perlu melakukan sesuatu untuk keluarga.
Ada kanak-kanak yang beranggapan bahawa keluarga ‘membenarkan’ mereka dijual atau dibawa pergi untuk membantu keluarga.
Kanak-kanak sama ada di jalanan atau di kem pelarian, kanak-kanak yang datang daripada keluarga dan komuniti yang pincang moral serta tanpa jagaan adalah berisiko tinggi untuk diseludup.
Bergantung kepada tujuan penyeludupan, sesetengah negara dikenal pasti sebagai sumber untuk ‘penghantaran’ mangsa, sementara ada negara yang bertindak sebagai ‘transit’ manakala sesetengahnya ‘destinasi’ penyeludupan. Malaysia dilabel sebagai negara yang menjalankan ketiga-tiga aspek tersebut.
Walaupun Kerajaan Malaysia mempunyai undang-undang antipenyeludupan manusia dan telah membina kemudahan sokongan bagi mangsa, ia perlu dikuatkuasakan dalam skala yang lebih hebat demi menangani pelbagai dimensi ancaman penyeludupan.
Ini termasuklah mengasingkan mangsa penyeludupan secara berasingan daripada golongan pendatang yang ditahan kerana memasuki sempadan negara tanpa permit dan pesalah industri pelacuran.
“Kita juga perlu menyediakan kem perlindungan dan mekanisme penghantaran pulang yang lebih selamat dan berkesan bagi memastikan mangsa-mangsa penyeludupan itu tidak terdedah kepada ancaman lanjutan atau hukuman yang tidak sewajarnya,” jelas Aegile.
Undang-undang yang dikuatkuasakan itu juga tidak seharusnya memberi pengecualian pendakwaan dan hukuman bagi individu berpengaruh yang menerima imbuhan atau terlibat secara langsung dengan penyeludupan dan eksploitasi mangsa.
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
(Kosmo 15.09.09)